LAWATAN RASMI PENGARAH RISDA NEGERI KEDAH KE LADANG KOTA PALAS

Pada 18 October 2010 (Isnin) Ladang Kota Palas dengan begitu berbesar hati telah menerima lawatan rasmi daripada Pengarah Risda Negeri Kedah dan Pengarah Risda Wilayah. Terima kasih diucapkan di atas segala khidmat nasihat yang diberikan kepada tim pengurusan Kota Palas.

Sempat juga merasa jagung yang segar dan baru di rebus……

Advertisements
| Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

PROJEK JAGUNG MADU

Alhamdullilah, Projek jagung madu di Kota Palas Agro Farm telah berjalan lancar dan membuahkan hasil. Projek bermula seminggu sebelum puasa dan mengambil masa 75 hari utk di tuai. 4 blok projek dilaksanakan selang seminggu untuk bekalan berterusan..Blok A sudah habis dituai dan majoriti hasil adalah jagung gred A.

| Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Khasiat Rebung Madu

Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.

Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.

Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.

Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.

| Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Projek Akan Datang – Jagung Manis

Untuk mengoptimumkan penggunaan tanah ladang, dalam masa terdekat kami akan memulakan projek tanaman jagung manis. Jagung akan ditanam di antara tanaman buluh madu dan getah.

Projek tanaman jagung ini adalah untuk membantu bagi menambahkan bekalan jagung tempatan yang kurang mencukupi.

| Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Di Sebalik Nama “Kota Palas”

Nama ‘Kota Palas’ ada disebut di dalam buku “Al-Tarikh Salasilah” iaitu sebuah sumber sejarah untuk Negeri Kedah. ‘Kota Palas’ adalah sebuah Kota pertahanan yang dibina pada zaman Sultan Muzaffar iaitu Sultan Negeri Kedah yang pertama di-Islamkan pada tahun 531H (1136M), sebelumnya digelar Maharaja Derbar Raja II, raja ke-9. Sila rujuk website http://www.mykedah2.com/10heritage/106_2_p3.htm.

| Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Produk Buluh Rebung Madu Kota Palas

Produk kami:

  • benih buluh madu untuk tanaman secara komersial
  • pokok buluh sebagai tanaman lanskap
  • rebung madu (segar)
  • rebung madu (jeruk)

Posted in Produk | Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment